Definisi Ilmu Tauhid

بسم الله الرحمن الرحيم
ILMU TAUHID

Definisi Ilmu Tauhid

Ilmu yang membahas perkara yang membuktikan kebenaran islam, bersumberkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli (al-Quran dan Hadis) yang diyakini dan dapat menghapuskan segala keraguan. Ilmu ini dinamakan ilmu tauhid kerena perbahasan utama ilmu ini adalah untuk mentauhidkan Allah.
(Ar-Ra’ad:19)

Bidang Pembahasan Ilmu Tauhid

1. Keimanan kepada Allah, pengesaanNya dan pengikhlasan diri dalam ibadah.

2. Keimanan kepada Rasulullah yang membawa petunjuk dari Allah

3. Keimanan kepada semua kitab Allah

4. Keimanan kepada Malaikat dan tugas mereka

5. Keimanan kepada Hari Akhirat

6. Keimanan kepada Qada’ dan Qadar Allah

(Al-Baqarah: 285)

Kedudukan Ilmu Tauhid dibandingkan dengan Ilmu Lain
Kemuliaan sesuatu ilmu terletak pada kemuliaan topik yang diperbincangkan dan pembahasannya. Begitu juga dengan ilmu tauhid. Adakah perkara yang lebih mulia dari Pencipta alam? Adakah terdapat manusia yang lebih suci daripada para rasul? Adakah ilmu yang lebih penting dari ilmu mengenal Tuhan dan Pencipta manusia? Adakah ilmu yang lebih penting dari mengetahui hikmah kewujudan manusia dan tujuan Allah menciptanya, dan apakah yang menanti selepas kematiannya?

Tahap Kewajibannya
Mempelajari ilmu tauhid adalah fardhu ain bagi setiap orang islam. Mempelajarinya adalah wajib sehingga ia dapat memberikan keteguhan hati dan ketenangan akal bagi seseorang bahawa dia berada di atas agama yang benar. Manakala perbincangan yang mendalam adalah fardhu kifayah.
(Muhammad:19)

Al-Quran Al-Karim adalah Kitab Tauhid Terbesar
Topik asas dalam al-Quran ialah ilmu Tauhid, seruan supaya beriman kepada Allah, Rasul, Hari Akhirat, Malaikat, kitab samawi terdahulu dan ketentuan Allah.

Keprihatinan Orang Islam
Keprihatinan orang Islam terhadap ilmu ini kerana keprihatinan al-Quran terhadapnya. Dengan menggunakan dalil dan bukti yang dikemukakan oleh ilmu Tauhid, tugas orang Islam yang terbesar adalah berdakwah ke jalan Allah dengan berhikmah dan memberi peringatan yang baik.

Ketidakpedulian Orang Islam terhadap Ilmu Tauhid

Apabila orang islam lalai dalam membina akidah yang betul dengan mempelajari Tauhid yang berasaskan ilmu dan keyakinan, akidah kebanyakan mereka diserang dan dirusak, amalan mereka rusak dengan sendirinya.

KEPENTINGAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM

Iman adalah Asas Amalan
Orang yamg tidak beriman kepada Allah, tidak mengharapkan pahala-Nya dan tidak takut azab-Nya melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah. Mereka juga tidak mencari keridhaan Allah serta tidak mengambil pelajaran/pengetahuan adakah amalan itu haram atau halal. Oleh itu mereka tidak layak menerima pahala atas amalan mereka walaupun amalan yang baik.
(al-Furqan: 23), (Ibrahim: 18), (an-Nur: 39)

Pintu Masuk Islam: Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Maksud syahadah pertama ialah mengakui dan mempercayai bahwa alam ini ada Tuhan yang mencipta, mengatur dan memerintahnya. Dia adalah Tuhan yang Maha Esa yang tiada sekutu baginya. Kamu pula adalah sebahagian ciptaanNya.

Maksud syahadah kedua pula ialah kamu beriman, percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah dan Dia mengutusnya untuk membawa hidayah dan keterangan tentang perkara halal yang diredhai Tuhan dan perkara haram yang dimurkaiNya. Dengan kamu mengikut Nabi Muhammad kamu dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah.

Jika kamu tidak mengetahui tentang Tauhid, syahadah yang kamu lafazkan adalah batil dan tidak sempurna. Oleh itu kamu hendaklah mempelajari ilmu Tauhid supaya syahadah yang kamu lafazkan serta Islam yang kalian anut/ikuti adalah sah .
(Muhammad: 19), (‘Ali Imran: 18)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s